Coway Air Purifier Part 1

Bila dalam rumah dah ada 3 ekor kucing memang terasa lah bulu-bulu halus diorang dimana-mana sahaja. Jadi masa ni Nurul rasa perlunya air purifier walaupun tak pasti sangat berkesan ke tak. Tapi kalau tak cuba tak tahu kan.

3 ekor kucing tersebut


Air purifier di pasaran ada banyak brand, model dan harga. Lepas survey sana sini jadi Nurul decide nak try Coway Air Purifier.

Jadi contact lah salesperson Coway yang memang dah ada dalam contact list, Edson. Dua tahun lepas Edson pernah promote Coway tapi masa tu tak berminat sangat.

Edson memang cepat dan pantas, whatsapp je dia terus beri penerangan termasuk gambar dan harga. Esoknya terus buat appointment jumpa Edson dan dia lagi beri penerangan model mana yang sesuai untuk kita. So Nurul dah decided nak try Air Purifier Model Lombok 2. Coway mengamalkan konsep sewa beli, bila dah sewa selama 5 tahun akan jadi hak milik kita dan kontrak adalah selama 3 tahun. Kiranya kita sebenarnya sewa dan bayar untuk perkhidmatan Coway. Mengikut kata Edison Coway Lady akan datang untuk services dan tukar filter setiap 2 bulan.


Coway Air Purifier Lombok 2. (gambar dari Edson)


Dokumen yang diperlukan senang je, IC dan credit/debit card. Borang lain semua Edson akan tolong isikan.

Esoknya Coway Customer Service akan call lagi untuk confirmkan kontrak dan buat appointment untuk installation. Petang tu Nurul terima SMS yang registration dan rental fee dah ditolak dari akaun. So sekarang tunggu hari Selasa je untuk installation. Nanti Nurul akan update lagi lepas dah install.


Continue to Part 2

Comments

Popular Posts